Mana sempat nak Blog !


Pheww. Minggu lepas, minggu yang meletihkan aku. Mana taknya, 9hb hingga 14hb rumah aku adalah diatas kapal. Rutin harian bermula 5 pagi sampai la 12 tngah malam. Perghhh, penat siot.

Hari nie, aku nak relax ja, lantak la boss nak cakap apa pun. Ada aku kesahhh!

Aku nampak darat nie pun macam air dah nie...aduyaiiiii.....rest lagi rest lagi....yahoooo

Reviu Blog


Reviu Blog. Are you ready guys/girls? Bersedia untuk dikritik? Ramai yang nak tahu, perkembangan blog-blog korang nie. Jadi, aku dengan sukacitanya menawarkan diri aku untuk mereviu. Kepada korang yang ada blog(rasa sempoi aka cam best) atau rasa perlu dikritik boleh bagitahu aku melalui ethicbizz[at]gmail.com.




File Lagu : Cari Jodoh - Wali Band



Santai dengar lagu nie. Relaks je. Hey, jodoh pasti ada, lambat atau cepat je. Sabar.

Reviu Blog 4 : Great Teacher Onizuka @ eyriqazz.blogspot.com


Nama Blog    : Great Teacher Onizuka
Nam Blogger : Nor iman bin Nazuki @ eryqazz  eyriqazz

url               : http://eyriqazz.blogspot.com/


Great Teacher Onizuka a.k.a GTO ! Kenapa nama nie macam 'familiar' jer. Ahakz, manga nie cukup popular bukan sahaja di Jepun, di asia pun terkena tempiasnya. Manga nie popular dari tahun 1997 hingga tahun 2002 dalam Weekly Shōnen Magazine. Aku bukan nak citer pasal GTO yang popular kat Jepun nie dan seanteronya, tetapi nak citer pasal Blog Great Teacher Onizuka. Korang nampak dia punya kesan kepada masyarakat kita, sampai nama blog pun dipahatkan nama Great Teacher Onizuka. Nama apa pun tak pa, asalkan ia masih boleh disebut dan senang diingat + senang dikenal + senang dieja = Ok ja.Yang lebih baik nya, letak jer nama sendiri.

Kenapa lama bebenar aku ambil masa untuk reviu blog Great Teacher Onizuka nie. Sebab aku sengaja nak ‘follow’ dia punya entri. Kenapa aku nak ‘follow’ plak? Sebabnya aku rasakan ada keterujaan dalam diri Nor Iman ini dari hari ke hari untuk ‘berblogging’

Perkara utama yang paling aku suka nak reviu berkenaan ‘user interface’ . Adakah Great Teacher Onizuka nie ‘friendly user’ atau sempoi ? Nah ini reviu aku, secara keseluruhan ‘layout’ nampak ‘simple’ dengan ‘background’ hijau + putih untuk bahagian entri. Aku percaya ini adalah standard ‘layout’ dari blogspot.com. Satu kombinasi yang sederhana, dengan memilih ‘2 column design’. Kenapa 2 column? Pendapat aku, ianya mudah dan senang untuk diselenggara atau pun ‘diupdate’. Kita mempunyai citarasa yang sama(ngah ngah ngah).

Bahagian ‘header’ yang terlalu simple atau ‘standard care’ , bagi aku sesuatu yag perlu di’make over’ lagi untuk nampak lebih umphhh! Mungkin perlu penambahan dari segi ‘interior design’ untuk nampak lebih bertenaga dan aktif.  Dari segi susunan ‘elements’, dah cukup baik, mudah dan senang untuk pembaca seperti aku mencari info@bahan yang sesuai dengan jiwa aku. Yang paling sempoi, ada plak ‘Special entry’ untuk korang terus ‘grab’ mana-mana entri yang Nor Iman rasa selayaknya diletakkan dibawah menu nie.

‘Labels’. Korang nampak dibahagian kanan ‘sidebar’ tue. Aku kira la kan, lebih atau kurang 90 labels. Aduyai, berapa banyak da… Pendapat aku, untuk nampak lebih kemas dan terusun, kategorikan semua ‘entri-entri’ nie supaya ia mengikut kategori yang difikirkan sesuai. Ia boleh je digabungkan, mana-mana entri yang sedondon. Panjang sangat tu...

Hah, ‘point’ nombor dua, ‘widget’ dalam Great Teacher Onizuka nie, yang aku nampak 2 benda je. Pertama, linkwithin(Anda juga meminati) dan freelogs.com(ini untuk check counter strike) korang la. Aiseh, banyak lagi widget yang boleh masuk nie. Yang penting kalau ada Facebook dan twitter, boleh jer link terus ke blog.  Lebih hit trafik oooo. Tak percaya 'register' la. Jangan jadi macam aku. Aku tak ambik ‘pot’. Ahahhaha.

Yang ketiga, prospek yang paling penting adalah berkenaan entri. Intipati dalam blog. Semenjak dua menjak Great Teacher Onizuka nampaknya ghairah dalam penulisan yang berbentuk ‘contest’ . 'Luck' Great Teacher Onizuka memang ada la. Tahniah! Ini yang terbaru, 'Contest' untuk Digi PimpMyBroadband Janji hadiah beb. Kalau korang sempat perhatikan Great Teacher Onizuka dah mula berblog semenjak zaman pelajar dulu-dulu (overseas  student nie) iaitu pada tahun 2003. Korang dah mula ke masa nie? Alah, setakat baru Form 1, lagi mau bising. Ngah ngah ngah.


Aku perhatikan entri pertama dari Great Teacher Onizuka adalah waikiki Korang tahu apa maknanya? Hak eleh, mana aku tau. Korang baca la. Korang baca pulak entri terbaru ahakz-and-gang . Kenapa aku buat perbandingan disini? Sebabnya ada kematangan dalam penulisan entri dengan jalan penceritaan yang lebih santai dan ‘confident’. Mana taknya, berapa kali menang hadiah dari Nuffnang beb. Project Alpha. Cuma aku rasa, entri yang lebih kasual@bersahaja lebih mendapat perhatian dari entri yang lebih serius dan menjenuhkan akal. Aku lebih berminat membaca sesuatu yang bukan berbentuk peribadi, contohnya yang bukan berkenaan atau fokus kepada diri sendiri. Ala yang ringan-ringan. Aku punya suka la nak reviu apa pun, ada aku kesahhh! Ahaahha

Yang keempat, ‘value’ untuk ‘follower'. Kalau dilihat dari statistic, nah, semakin bertambah dan semakin mantap Great Teacher Onizuka. Ramai 'follower' termasuk aku'. Aku pun ada oiiiii. Ingat apa. Lebih efektif kalau ada twitter. Untuk memudahkan ‘follower’, memang disarankan penggunaan widget nie. Dijamin berkesan. Belum cuba belum tau.

Yang terakhir, masih banyak boleh dilakukan dan diperbaiki dari segi ‘interior design’, susunan widget yang lebih efektif dan pastinya entri yang lebih bersahaja. Ini pandangan aku, kalau tak ambik ‘pot’ pun, aku tak kesah! Hahahah.

Kesimpulannya, aku ‘enjoy’ melayari blog Great Teacher Onizuka sekiranya ia tidak terlalu ‘interprem’ kepada sesuatu subjek. Pelbagaikan entri-entri dapat menawan pembaca.

Terima kasih kepada saudara Nor iman bin Nazuki dan blog Great Teacher Onizuka.

Selamat berblog.

CreditGreat Teacher Onizuka : 3.75/5.0 
Related Posts with Thumbnails